Saturday, August 23, 2014

Belajar hidup di Perantauan ^^

Views
Cuaca tak sentiasa cerah dari pagi sehingga ke petang.. Kadang - kadang hujan akan hadir.. Dengan kehadiran hujan, sang pelangi akan muncul bila ianya berhenti..
Sama juga seperti Liena.. Perasaan yang sangat susah untuk di gambarkan apabila kena berjauhan dengan keluarga di saat El kurang sihat..
El mula bergerak tepat jam 2100 pada 5.08.2014.. Iaitu dari Kulim, Kedah ke Pasir Gudang Johor.. Perjalanan yang memakan masa selama 12 jam membuatkan abah keluar pada malam hari.. Kami sekeluarga mula bertolak ke Johor selepas Liena berhenti kerja.. Perjalanan selama 12 jam yang sangat memenatkan membuatkan Liena tak boleh bergerak dengan cergas.. Semua ini disebabkan Liena terjatuh masa berlawak dengan adik bongsu Liena, Hilman..
Setelah sampai di Johor, abah gerakkan kami sekeluarga untuk bangun dan bersihkan diri sebelum check in hotel.. Setelah sampai di hotel, kami rehatkan diri sebab malam tu abah nak bawa jalan - jalan dekat Johor.. Time malam tu, masing - masing pakat lapar..Ye la..dekat hotel tu dia tak sediakan makanan buat kitaorang.. So, kami semua keluar makan di Tesco Bandar Seri Alam yang sekarang menjadi destinasi shopping tetap buat Liena untuk beli barang dapur.. >.<
Selepas itu, abah bawa kami sekeluarga berjalan - jalan di Danga Bay.. Hahaha.. Thanks abah sebab bawa Liena jalan - jalan area Johor..
Time tengah lepak - lepak dengan parents.. Tiba - tiba badan Liena jadi semakin lemah.. Sampaikan nak berdiri pun dah tak mampu.. Apatah pula berjalan.. Jadi Liena cuma duduk dan perhatikan family Liena tengah bergembira..
Esok pagi - pagi Liena dah check out untuk daftar Kolej Kediaman and daftar akedemik di UiTM Pasir Gudang.. Susah nak cari?? For me memang susah because i'm not Johorian.. Lagi pun ni adalah kali pertama Liena sampai di Johor ni.. Ok berbalik pada hari pendaftaran.. Time Liena nak daftar tu, Liena sendiri dah tak mampu nak beratur.. Tapi barisan terlampau panjang.. Jadi Kembar Liena pun temankan Liena untuk buat pendaftaran.. Thanks Along coz you always be my side..
Masa tengah kemas - kemas barang tu.. Liena hanya mampu tengok mama, along and Hilmie kemaskan barang - barang Liena sambil berbaring di atas tilam yang empuk la juga kalau dah tidur lama - lama tu.. Tiba - tiba kawan bilik Liena, Amira yang berasal dari Penang.. Haha.. So, ada la partner Utara juga.. Haha.. Pandangan utama dia buat Liena ialah Liena seorang pemalas.. Errrrr.. Malas?? Malas tu ya juga.. Tapi bab mengemas ni Liena memang akan bertukar menjadi seorang yang cerewet tahap gaban..
Hari keesokannya UK a.k.a Unit Kesihatan dah buka.. So, Liena pun pergi buat pemeriksaan.. And doktor kata Liena disyaki demam denggi.. Time ni, badan Liena memang lemah sangat sampai tak mampu nak gerakkan badan.. Untuk mengurangkan segala rasa seksa yang Liena tanggung ni.. Liena kena drip air masuk dalam badan.. Sakit dia.. Hanya Allah sahaja yang tahu.. Then, keesokkan hari Liena kena rujuk di Klinik Kesihatan Masai, Johor.. Bukan nak kutuk ke apa.. Tapi cuma nak cakap yang kakitangan terutama staf nurse sangat - sangat berlagak.. Tanya sikit Liena dah kena lenting dengan dia orang..


After a week, akhirnya demam panas Liena dah kebah dengan sepenuhnya.. Cuma kesan - kesan merah and lebam masih ada sehingga sebulan.. Setelah melalui pelbagai kenangan pahit di sini.. Akhirnya Liena menjadi seorang yang tabah.. Walaupun kadang - kadang Liena homesick.. Tambah - tambah bila Liena dalam keadaan yang sangat terdesak..
nuramalinazulkifli

No comments:

Post a Comment