Monday, April 28, 2014

Kurang Asam Punya Boss!!

Views

Semalam Liena ada baca novel yang bertajuk " Kurang Asam Punya Bos!" yang ditulis oleh Nuroll Shazlinda Hairul.. 



Cerita dia berkisah tentang Elfira seorang anak Tan Sri Lukman Hakim yang merupakan seorang ahli perniagaan yang disegani. Setelah Elfira pulang dari luar negara, dia diarahkan bekerja dengan papanya tetapi dia enggan. Dia lebih suka bekerja dengan orang lain. Tanpa pengetahuan papanya, dia telah meminta kerja di tempat Sofea, sebuah syarikat yang diterajui oleh Tan Sri Mikhail dan anaknya Fairuz Eidil.

Fairuz Eidil bersetuju untuk mengambil Elfira bekerja tetapi dalam masa yang sama dia perlu melakukan tiga kerja, iaitu sebagai pemandu peribadi, pembantu rumah dan despatch. Tanpa berfikir panjang, Elfira terus terima. Pelbagai insiden lucuberlaku antara Firuz Eidil dan Elfira sehingga membuatkan Elfira makan hati.

Tunang Fairuz Eidil, Julia cemburu melihat kemesraan mereka. Sejak Elfira bekerja dengan Fairuz Eidil, Julia sering diabaikan. Apabila diajak keluar, ada - ada sahaja alasan yang diberi. Julia mula bosan dan berkenalan dengan Tengku Naim, kenalan papanya. Apakah yang terjadi kepada hubungan Fairuz Eidil dan Julia? Dapatkah pertunangan mereka bertahan. Dan apa pula yang terjadi kepada Elfira? Dapatkah dia lakukan kerja - kerja diberi?

No comments:

Post a Comment