Wednesday, April 22, 2015

Industrial training

Views


ALHAMDULILLAH.....

memegang jawatan sebagai Pembantu Jurutera sepanjang Latihan Industri yang bakal dilalui ni sangat mencabar bagi Liena..tapi akan tetap diteruskan juga..

First day apa je erk nak buat dekat office??persoalan ni macam wajib buat semua pelajar yang first time nak buat LI ka??apa yang Liena buat first day tu ialah lapor diri dekat tempat kerja mengikut office hour macam pekerja lain la juga..dah nama pun kita pekerja kan??selepas tu, ikut la korang punya supervisor nak bagi korang ke tapak projek ke..buat kerja office ke..buat lawatan ke..balik tidur ke..hahaha..supervisor Liena dia bagi kami tujuh orang (dua orang saja bunga..yang lain semua kumbang) haha..buat fail meja..setyiap orang pegang satu jenis borang..macam Liena..tugas Liena ialah Penyelengaraan Makmal..kerja dia agak banyak..tapi Alhamdulillah..Liena dapat partner dengan Nadia dalam semua kerja untuk lab ni..

second day pula..Liena and the gang kena marah dengan someone yang besar pangkatnya..katanya etika kerja kiraorang nie salah,..walhal kitaorang masuk kerja awal..sekali pakej buat fail meja lagi bagi siap..but in the end..kena marah dengan dia juga..time ni kesabaran sangat - sangat diuji dari Liena mengeluarkan kata - kata yang boleh dia kena serangan jantung..hahaha..sebagqai balasan kitaorang semua kena balik kerja lambat hari ni..dia siap bagi hadiah...setiap orang kena sediakan SOP untuk setiap equipment and bahan kimia..Liena dengan Nadia macam biasa..selalu buat kerja sama - sama..kami berdua kena buat tetang bahan kimia yang digunakan dalam proses etching untuk PCB..

third day..a.k.a hari ni la..Liena masuk kerja setengah jam je..then Liena terpaksa keluar untuk check kesihatan..lagi pun Liena memang ada appointment dengan Klinik Kesiahatan Pasir Gudang tu..tapi dia cari Liena juga..haih..rasa seram pula esok nak kena berdepan dengan dia walaupun bukan Liena saja - saja nak keluar..tapi total jam kerja untuk hari ni..Liena cuma masuk kerja sejam je..itu pun setengah jam pagi dengan setengah jam sebelum balik..hahaha..

rasa ayat pun macam dah tungang langang dah nie..ok la..SOP masih menunggu untuk dihafal dan diedit sebelum dibentangkan pada pukul 8.30 pagi esok..wish me good luck.. =) 

Just for him

Views


Dear awak..

Bila perancangan kita tidak menjadi seperti yang kita harapkan...INGATLAH dan SENYUMLAH....manusia merancang dengan cita - cita..tapi Allah merancang dengan cintaNya...

='( I'm just missing you..sunyi bila awak pergi kurusus di Alor Star walaupun empat hari je..cepat cepat le balik ke Johor nie..huhu..sunyi rasenya bila takde orang nak main aci sembunyi setiap kali saye masuk UK untuk dapatkan rawatan..takde orang nak pakse saye makan ubat setiap kali dating..haha..ni rare sikit..nasib le buat diri sendiri..sape suruh kawan dengan nurse..

last but not least..saye rindu nak kene marah dengan awak sebab gunakan simbol tande seru dalam mesej and whatsapp..dalam marah - marah awak tu awak masih teman saye makan..masih curi - curi senyum bile saye belakangkan awak..masih risau bile saye dihantar dan diambil oleh kawan lelaki..

and i miss all this moment..saya harap awak and the others selamat pulang ke Johor..jangan bawa laju macam mase pergi sane ye..

Wednesday, April 15, 2015

End of my final paper ~_~

Views


Nampak tak buku yang berselerak ni??????haha..motif sangat kan nak bagi tahu korang yang Liena ni kaki study..haha..takde la macam tu..niat Liena cuma nak inform yang Liena last paper esok..Alhamdulillah..dah empat semester Liena berjaya lalui kehidupan sebagai seorang siswi UiTM..

In the same time, Liena dah jadi Johorian setahun la..cuti semster sem ni Liena akan banyak habiskan masa di Johor..yeay!!seronok la sangat..tapi dalam hati merana sangat - sangat sebab tak dapat balik ke rumah tercinta tu..cerita dia sebab Liena malas nak cari tempat untuk buat Latihan Industri dekat belah utara..itu yang tersangkut dekat Johor ni...

Sepanjang Liena buat LI dekat Johor ni..Liena akan menyewa dalam UiTM juga..so Liena takde la masalah kalau terbangun lambat ke apa nanti..haha..nampak tak..cuti punya pasal..habis semua jadi malas..Liena menyewa Kolej Kediaman Salsabila dengan harga rm7.50 per hari..Jadi setelah Liena tambah tolak bahagi darab..Liena cuma kena bayar RM405.00 untuk 54 hari..dan disebabkan kampus ni hanya ada budak - budak Diploma...makanan kena beli luar juga la..untuk menyewa kolej kediaman Liena kena menghasilkan surat permohonan kolej dan dihantar ke pihak pengurusan kolej..nanti dekat situ la dia akan diberitahu sama ada permohonn untuk mendiami kolej sewaktu cuti sem diluluskan ke tidak..

Bosan tak nanti???fuhhhh..semangat nak jawab..bosan tu biasa..yang beza dia sewaktu cuti sem kita hanya akan berjumpa dengan staff - staff je nanti..haha..nasib la Liena ada rapat dengan sorang staff nurse dalam kampus ni..so takde la bosan..sebab first week kitaorang plan nak pergi mandi pantai..haha..seronokkan???So, belajar la pandai - pandai bagi dapat masuk u..

Cuma nak ingatkan buat adik - adik..uni ni bukan seindah dalam drama - drama melayu..bagi Liena jejak je kaki dalam uni terus Liena dihempap oleh segala jenis assignment..tapi dalam drama rileks je..siap boleh jalan - jalan..nak cari couple dalam ni??oh..i don't have someone special walaupun dah dua tahun masuk uni..haha..rasa dah puas merapu kot dalam ni..haha..so Liena selitkan gambar selfie yang tak berapa nak cun ni buat tatapan sendiri..

my latest photo in sem 4

Saturday, August 23, 2014

Tahniah buat Nur Amanina Zulkili

Views



Dear my lovely Twins,

Tahniah Alin ucapkan buat Along.. Semoga Along akan jatuh cinta terhadap bidang yang telah lama Alin ceburi ni.. Semoga Along dapat menghadapi dugaan yang telah Alin lalu di alam Universiti ni.. Alin nak ingatkan Along yang universiti ni tak sama dengan zaman kita sekolah menengah ataupun zaman Along berada di alam Matrikulasi..

Dugaan yang ada dekat sini lebih hebat lagi.. Along akan kenal lagi ramai orang dan dapat lihat lebih banyak ragam dari pelangan - pelangan Tesco Kulim tempat Along bekerja sekarang ni.. Heehehehe.. Bukan bertujuan nak menakutkn Along tau.. Tapi ini adalah hakkikat yang sebenar..

Tahniah buat kak a.k.a kembar terchenta.. I wish you good luck and selamat menjalani kehidupan yang baru dan lebih banyak dugaan yang terpaksa Along tempuh..


My Twins : Nur Amanina Zulkifli
SMK Kulim
Kolej Matrikulasi Kedah (Modul 1)
UniMAP (Degree Kejuruteraan Elektronik (perindustrian))

Me : Nur Amalina Zulkifli
SMKK Kulim
UiTM Pulau Pinang (Dip. Kejuruteraan Elektrik (kawalan dan instrumentasi))
UiTM Pasir Gudang (Dip. Kejuruteraan Elektrik (kawalan dan instrumentasi))

Luahan hati buat si E

Views


Ini lah pengalaman yang tak terhingga buat Liena.. Thanks mama and abah sebab sudi bayarkan tambang flight ni.. Walaupun menggunakan AirAsia.. Tapi harga dia boleh tahan la juga.. Without promotion memang 
Liena takkan naik benda alah ni..

Isu berkaitan Liena naik flight pun ada tau.. Wujudnya isu ni sebab kawan baik Liena sendiri tak rasa bersyukur dengan apa yang dia ada and dapat.. Bagi dia, i'm so lucky coz i can fly.. Liena pun blur juga masa awal - awal dia cari gaduh.. Ye la.. Kita ni jauh di perantauan.. Kalau naik bas or kereta boleh makan selama 12 jam.. Kalau Liena naik train.. it's to longer than bus and drive.. Naik flight pula about 1 hour and 10 minutes.. Hahaha.. Sebab tu la mama and abah berbaik hati belikan tiket flight ni buat Liena..

Ok.. Kawan Liena ni.. Liena gelarkan dia E..Dia ni cun memang cun.. Tapi otak cetek tahap apa tah lagi.. Dia continue study at Kolej Matrikulasi Kedah for 2 years.. KMK ni bertempat di Changlon, Kedah.. Seha said to me.. Untung la.. U naik flight.. Then bila dia update moment.. Her friends ask where she is.. She said at Lapangan Terbang KMK.. Deep beb.. Sapa tak terasa.. Kawan yang kita anggap macam family sendiri boleh pula kata macam tu..

Nampak sangat dia cuma nak Liena ja jaga hati dan perasaan dia.. Perasaan Liena?? Dia pijak - pijak macam tu saja.. My twins said to her, why don't you booked a flight ticket for you?? Airport pun ada ja dekat Alor Setar tu.. So, booked la dari Alor Setar turun Penang.. Dia tak nak pula.. Bukan nak kata la.. Membazir sangat - sangat kalau dia naik flight.. Sebab dekat ja.. Kalau Liena yang dekat macam tu Liena akan rasa bersyukur sangat - sangat.. 

And for today, dia update status Facebook dia kata dia nak balik Kulim.. Liena tulis dalam ruangan komen mengatakan yang dia untung dapat balik Kulim.. and dia mengaku pun kata dia untung.. Liena tertanya - tanya juga bila dia nak kata untung  dekat Liena bila Liena tak balik sambut Merdeka, sambut Hari Malaysia and sambut Hari Raya Korban di sisi keluarga Liena..

Bagi Liena, Liena pun ada keluarga juga.. hormat la perasaan orang yang dah lama tak balik jumpa mak ayah dia.. Kalau setakat duduk dekat Kedah juga.. Mak ayah pun stay dekat kedah.. Every two weeks mak ayah pergi jumpa and bawa keluar jalan - jalan, jangan buat terasa hati sangat bila Liena balik sana.. Kalau Liena anak yatim sekali pun, Liena akan pulang juga ke tempat asal Liena.. 

Tadi dia ada tanya Liena bila Liena start cuti sem?? Liena ada bagi tahu yang Liena start cuti sem 18.10 ni.. Tapi tarikh sebenar Liena start cuti kalau tak silap lebih awal dari tarikh ni.. Jadi, Liena kena la prepare mental untuk dengar segala ucapan ke tidak puasan hati si E ni.. Liena tak tahu bila rasa tak puas hati dia akan hilang.. Dari Liena sama sekolah dengan dia sehinggalah Liena terpisah jauh di Selatan.. Dia tetap tak puas hati..

Mama and abah Liena yang dah masak sehingga hangit perangai dia pun dah mula muak.. Asal family Liena lebih sikit mulaa dia nak dengki.. Masa abah tukar kereta dulu teruk Liena kena perli dengan dia..haih.. 

To si E.. Tolong la ubah perangai awak.. Kalau awak stay buat perangai macam ni.. Saya tak tahu sapa yang akan bertahan dengan siak angkuh, bongkak dan suka menunjuk awak tu.. Saya dengan kembar pun dah tak berapa nak selesa dengan perangai awak yang ni..

Belajar hidup di Perantauan ^^

Views
Cuaca tak sentiasa cerah dari pagi sehingga ke petang.. Kadang - kadang hujan akan hadir.. Dengan kehadiran hujan, sang pelangi akan muncul bila ianya berhenti..
Sama juga seperti Liena.. Perasaan yang sangat susah untuk di gambarkan apabila kena berjauhan dengan keluarga di saat El kurang sihat..
El mula bergerak tepat jam 2100 pada 5.08.2014.. Iaitu dari Kulim, Kedah ke Pasir Gudang Johor.. Perjalanan yang memakan masa selama 12 jam membuatkan abah keluar pada malam hari.. Kami sekeluarga mula bertolak ke Johor selepas Liena berhenti kerja.. Perjalanan selama 12 jam yang sangat memenatkan membuatkan Liena tak boleh bergerak dengan cergas.. Semua ini disebabkan Liena terjatuh masa berlawak dengan adik bongsu Liena, Hilman..
Setelah sampai di Johor, abah gerakkan kami sekeluarga untuk bangun dan bersihkan diri sebelum check in hotel.. Setelah sampai di hotel, kami rehatkan diri sebab malam tu abah nak bawa jalan - jalan dekat Johor.. Time malam tu, masing - masing pakat lapar..Ye la..dekat hotel tu dia tak sediakan makanan buat kitaorang.. So, kami semua keluar makan di Tesco Bandar Seri Alam yang sekarang menjadi destinasi shopping tetap buat Liena untuk beli barang dapur.. >.<
Selepas itu, abah bawa kami sekeluarga berjalan - jalan di Danga Bay.. Hahaha.. Thanks abah sebab bawa Liena jalan - jalan area Johor..
Time tengah lepak - lepak dengan parents.. Tiba - tiba badan Liena jadi semakin lemah.. Sampaikan nak berdiri pun dah tak mampu.. Apatah pula berjalan.. Jadi Liena cuma duduk dan perhatikan family Liena tengah bergembira..
Esok pagi - pagi Liena dah check out untuk daftar Kolej Kediaman and daftar akedemik di UiTM Pasir Gudang.. Susah nak cari?? For me memang susah because i'm not Johorian.. Lagi pun ni adalah kali pertama Liena sampai di Johor ni.. Ok berbalik pada hari pendaftaran.. Time Liena nak daftar tu, Liena sendiri dah tak mampu nak beratur.. Tapi barisan terlampau panjang.. Jadi Kembar Liena pun temankan Liena untuk buat pendaftaran.. Thanks Along coz you always be my side..
Masa tengah kemas - kemas barang tu.. Liena hanya mampu tengok mama, along and Hilmie kemaskan barang - barang Liena sambil berbaring di atas tilam yang empuk la juga kalau dah tidur lama - lama tu.. Tiba - tiba kawan bilik Liena, Amira yang berasal dari Penang.. Haha.. So, ada la partner Utara juga.. Haha.. Pandangan utama dia buat Liena ialah Liena seorang pemalas.. Errrrr.. Malas?? Malas tu ya juga.. Tapi bab mengemas ni Liena memang akan bertukar menjadi seorang yang cerewet tahap gaban..
Hari keesokannya UK a.k.a Unit Kesihatan dah buka.. So, Liena pun pergi buat pemeriksaan.. And doktor kata Liena disyaki demam denggi.. Time ni, badan Liena memang lemah sangat sampai tak mampu nak gerakkan badan.. Untuk mengurangkan segala rasa seksa yang Liena tanggung ni.. Liena kena drip air masuk dalam badan.. Sakit dia.. Hanya Allah sahaja yang tahu.. Then, keesokkan hari Liena kena rujuk di Klinik Kesihatan Masai, Johor.. Bukan nak kutuk ke apa.. Tapi cuma nak cakap yang kakitangan terutama staf nurse sangat - sangat berlagak.. Tanya sikit Liena dah kena lenting dengan dia orang..


After a week, akhirnya demam panas Liena dah kebah dengan sepenuhnya.. Cuma kesan - kesan merah and lebam masih ada sehingga sebulan.. Setelah melalui pelbagai kenangan pahit di sini.. Akhirnya Liena menjadi seorang yang tabah.. Walaupun kadang - kadang Liena homesick.. Tambah - tambah bila Liena dalam keadaan yang sangat terdesak..
nuramalinazulkifli

Monday, April 28, 2014

Kurang Asam Punya Boss!!

Views

Semalam Liena ada baca novel yang bertajuk " Kurang Asam Punya Bos!" yang ditulis oleh Nuroll Shazlinda Hairul.. 



Cerita dia berkisah tentang Elfira seorang anak Tan Sri Lukman Hakim yang merupakan seorang ahli perniagaan yang disegani. Setelah Elfira pulang dari luar negara, dia diarahkan bekerja dengan papanya tetapi dia enggan. Dia lebih suka bekerja dengan orang lain. Tanpa pengetahuan papanya, dia telah meminta kerja di tempat Sofea, sebuah syarikat yang diterajui oleh Tan Sri Mikhail dan anaknya Fairuz Eidil.

Fairuz Eidil bersetuju untuk mengambil Elfira bekerja tetapi dalam masa yang sama dia perlu melakukan tiga kerja, iaitu sebagai pemandu peribadi, pembantu rumah dan despatch. Tanpa berfikir panjang, Elfira terus terima. Pelbagai insiden lucuberlaku antara Firuz Eidil dan Elfira sehingga membuatkan Elfira makan hati.

Tunang Fairuz Eidil, Julia cemburu melihat kemesraan mereka. Sejak Elfira bekerja dengan Fairuz Eidil, Julia sering diabaikan. Apabila diajak keluar, ada - ada sahaja alasan yang diberi. Julia mula bosan dan berkenalan dengan Tengku Naim, kenalan papanya. Apakah yang terjadi kepada hubungan Fairuz Eidil dan Julia? Dapatkah pertunangan mereka bertahan. Dan apa pula yang terjadi kepada Elfira? Dapatkah dia lakukan kerja - kerja diberi?